Syurga I: Heaven I (Malay) Contributor(s): Lee, Jaerock (Author) |
|
![]() |
ISBN: ISBN-13: 9791126301362 Publisher: Urim Books USA OUR PRICE: $12.35 Product Type: Paperback Language: Malay Published: March 2018 |
Additional Information |
BISAC Categories: - Fiction | Christian - General - Fiction | Christian - Classic & Allegory |
Physical Information: 0.58" H x 5.51" W x 8.27" (0.70 lbs) 254 pages |
Themes: - Religious Orientation - Christian |
Descriptions, Reviews, Etc. |
Publisher Description: Tuhan Maha Pengasih bukan hanya memimpin setiap orang yang beriman ke jalan penyelamatan tetapi juga mendedahkan rahsia syurga.
Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup anda, tentu anda pernah tertanya-tanya soalan seperti, "Ke mana saya akan pergi setelah meninggalkan dunia ini?" atau "Adakah syurga dan neraka benar-benar wujud?" Ramai orang mati sebelum mereka sempat menemui jawapan bagi soalan-soalan tersebut, atau walaupun mereka percaya akan kehidupan selepas mati, bukan semua orang dapat memiliki syurga kerana bukan semua orang mempunyai pengetahuan yang sebetulnya. Syurga dan neraka bukan suatu fantasi, tetapi realiti di alam roh.
Pada satu sisi, syurga adalah tempat yang sangat indah dan tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa yang wujud di dunia ini. Terutama sekali, keindahan dan kebahagiaan di Yerusalem Baru, di mana terletaknya Takhta Tuhan, yang tidak dapat dihuraikan sepenuhnya kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan terbaik dan dengan kemahiran syurgawi.
Saya berdoa dan berpuasa berterusan selama tujuh tahun untuk mengetahui Syurga dan mula menerima jawapan-jawapan daripada Tuhan. Kini Tuhan menunjukkan kepada saya lebih banyak rahsia alam roh dengan lebih mendalam.
Saya memberi segala kesyukuran dan kemuliaan kepada Tuhan kerana membenarkan saya menerbitkan buku Syurga I: Sejernih dan Seindah Kristal, satu deskripsi tentang sebuah tempat yang sejernih dan seindah kristal, dipenuhi dengan kemuliaan Tuhan. Saya berharap anda akan menyedari kasih besar Tuhan yang mendedahkan rahsia syurga dan memimpin manusia ke jalan penyelamatan supaya anda juga dapat memilikinya. Saya juga berharap anda akan bergegas mencapai matlamat kehidupan abadi di Yerusalem Baru. |